top of page

Kawasaki Ulamkan McLaren, Bugatti, dan Ferrari Kemudian Jadi Lauk Pada Nissan GTR

McLaren, Bugatti, Ferrari dan Nissan GTR semua orang tahu - nama besar dalam industry permotoran.  Brand ini gah dengan enjin power dan bentuk design yang menangkap.  Nangissss wooo…

 

Selain dari minat kereta dan motor, saya juga jakun dengan binatang.  Al-maklumlah… dari sekolah rendah sampai masuk TOC dan kemudian sekarang kerja kat KL… asyik bermain dengan benda besi dan dok rumah berbatu-batan. 

 

KL mana ada rumah atap nipah dan berdinding kayu, kan?  Kalau ada dinding kayu pun hanya kat Kampong Baru… tapi tempat aku dok jauh dari situ.  Sikit ulu… dan bukanlah Ulu Kelang.

Kambing Lawan Tanduk Dengan Lembu – Sapa Menang?

 

Apasal aku cerita hal binatang dan rumah atap nipah dinding kayu?  Apa kena mengena dengan Kawasaki, Bugatti dan yang lain-lain tu?


He he … meh tengok…

 

Kambing-kambing ni pandai menghiburkan hati, naik plate spring.  Dia orang... eh... silap… dia kambing lama-lama pun pandai boring dan yang sekor ni ajak pegi usyar awek lembu.

 

Mungkin kerana terlalu cun agaknya, anak dara lembu ini dijaga rapi oleh maknya.  Macamana aku tahu yang itu bukan bapak dia?  Lu sendiri tengok (gambar bawah) dan pikir laaa. 

 

Ada ambil kelas biologi tak? 

 

Tak?  Sah art stream ler tuu?

 

Tapi korang tau tak… masa sekolah sains stream konon-konon smart laa, tapi bila time kerja budak art stream yang jadi CEO.  Budak yang fail pelangkung sekolah jadi toke business.  Budak jahat jadi buat business supply pak gad.  Budak sains dok belek kelebek hal-hal R&D. 

 

Grup mana yang kaya?  Korang ada jawapan dia.  Tak perlukan CGPA 3.85 pun.

 

Oh... sorry, melalut.  Maklumlah, teringat zaman sekolah. 

 

Korang mesti ada kisah manis masa sekolah kan?  Yang pahit tu tak payah diingat laaa… Ingat jer yang manis-manis… otak pun jadi positif selalu.  Rezeki murah tau bila kita berfikiran positif dan terbuka. 

 

Masih ingat pesan ostad?  Heh.. mesti ada yang dah lupa, maklum saja belajar bukan untuk jadi bijak dalam kehidupan tapi pandai untuk score exam.  Sian kat aku.

Cowasaki VS Bugoatty

 

Ini kambing mesti sudah silap pandang… awek lembu pun dia ingat sebangsa kambing juga.  Yer lah… awek lembu tu kan comel, saiz kiut-miut macam kambing juga.

 

Manusia nak ngorat awek kena tunjuk stylo kaya dan macho – tak lah semua cam tu, ada pengecualiannya. 

 

Aku kawin esok nikah kat masjid jer, tak payah kenduri besar-besar.  Lu orang nak kawin grand-grand… suka hati lah.  Jangan tanggung hutang lepas kenduri sudah. 

 

Biar nampak pokai tapi duit berbantai-bantal.  Sian ada setengah kawan aku beli handbag harga RM 500, tapi duit kat dalam ada RM 50.  50 keping pulak tu - yang warna biru tua ada lakaran Gunung Kinabalu.  Kelakar eh?

 

Aku biar beli wallet kat Pasar Kemboja harga RM 15 tapi isi dalam ada RM 485.  Pasar Kemboja sapa tau kat KL?  Itu lah korang, ketinggalan.  Tak per... itu orang punya pasal.

 

Binatang kena show off kebinatangan dan kejantanannya.  Peduli apa dengan mak dia… tu dia.  Menatang sungguh

Maka berlakulah head to head fight… lawan kepala sapa lebih keras dan tengkok sapa paling tough?  Puuhh.. dasyat… tergolek kambing-lembu dibuatnya. 

 

Nak tengok aksi penuh kena baca sampai penghujung artikel ini… tapi sebelum tu jom kita lihat Cowasaki berentap dengan Bugoatty dulu ya.  Ferrari dan McLaren pun nak cuba nasib. 

 

Nissan GTR senyum jer.  Kawasaki ni nak jadi Cowasaki agaknya fikir si Nissan GTR.

Kawasaki H2R VS Ferrari

 

Aku tak tau apa model Kawasaki ni ataupun Ferrari jenis apa.  Dua-dua memang kerek.  Tapi Ferrari tu akhirnya jadi milik owner motor tu.

 

So ... kalau korang nak merempit biarlah ada pulangan yang berbaloi.  Mamat ni dapat Ferrari ooo... entah-entah dengan awek tu sekali, mana tau, kan?  Awek kayo, bro !!!

Saya Bukan Siapa-Siapa

Mak aku kata aku ni anak bertuah.  Sebab apa?  Masa kecik-kecik aku suka bagi rosak semua barang permainan.  

 

Kalau mak beli kereta, motor, basikal mainan atau apa juga toys, aku buka bagi barai kemudian pasang balik.

 

Follow Me
  • Facebook Basic Black
  • Twitter Basic Black
  • YouTube Basic Black
Search By Tags
No tags yet.

Kawasaki H2R VS McLaren MP4-12C

 

McLaren ni kalau kat jalan Malaysia, sure dah jaguh.  Dalam drag race ni dia kena buat ulam jer lah.  Power gila Kawasaki ni.

Kawasaki H2R VS Bugatti Veyron

 

Bugatti ni HP dia (bukan handphone tau) – tapi Horsepower.  Sapa tau camana nak kira HP?  He he he.. KW tau?  Tak tau sudah. 

 

Tapi Bugatti ni ada 1,200 HP.  Macam 15-20 biji enjin kancil join sekali.  Boleh bayangkan?  Susah nak bayangkan, kan?  Mana boleh enjin Kancil 20 biji sekali boh kat satu kereta?  Ye lah... kalau dah bengap tu aku tak boleh nak kata apa dah.

Top speed Kawasaki tu 206 batu sejam, sama dengan 330 km/hr.  Kalau laju cam ni dari Penang ke KL dalam sejam lebih jer dah sampai.  Itu pun kalau tak sangkut kat Terowong Manora – terowong sebelum Ipoh arah ke KL.

 

Kalau laju cam tu dan bunyi dia yang mengaum (kena tengok video baru lah ada rasa nak terkencing) , kalau aku kat terowong tu sah terkencing atas motor.  Malang lagi kalau terkejut sampai terlepas handle.  Tak mau bayangkan apa nak jadi.  Mintak simpang malaikat 44.

 

Korang pernah tak terkejut kena potong?  Yang tak pernah tu sah kaki tumpang dan tidur jer.  Ataupun memang tak perlu dipotong?  Suka hati korang lah nak fikir apa.

Kawasaki H2R VS Nissan GTR

 

Dengan Bugatti 1,200 HP dia buat ulam.  Dengan Nissan GTR 1,350 HP ni… jadi lauk lah pulak dianya.  Meh tengok.

Sesapa yang ada GTR tu mesti sengihkan?  Sengih tak apa asal jangan buat benda sama kat jalan sudah. 

 

Orang balik raya… nanti kita yang terperuk kat jalanraya.  Biar berjalan dan boleh beraya ya… baru ada gaya.  

 

Dalam wallet tu kena ada kepuk-kepuk duit, jangan hanya wallet branded jer.  He he.

 

Zaman mak ayah aku, dia orang ada Gaya Zakri.  Kenal tak?  Korang ni memang... sering meninggalkan zaman.  Nasib baik ex-KPN Zaman Khan dah pencen.

Video Penuh Kawasaki vs Ferrari, McLaren, Bugatti Veyron & Nissan GTR

 

Video Penuh Cowasaki VS Bugoatty & Kawasaki VS Bugatti – klik jer gambar kat bawah atau pun link ini - http://bit.ly/Cowasaki_Lawan_Bugoatti

Enjoy tak?

 

Nanti aku tulis lagi bila ada masa.  

 

Aku ni selalu sibuk repair kereta orang-orang besar dan kaya-kaya.  Kena layan dia orang best-best baru selalu datang jumpa aku.  Siap pegi ambik dan hantar kereta dia orang lagi.  Awek cun anak dia orang pun kekadang melewatkan aku balik workshop - aku ni kan sado?  

 

He he he perasantan !!!

 

Kalau suka, meh tolong LIKE page FB aku ni: https://www.facebook.com/RaceBoleRempitTamau

 

Jangan pulak lupa untuk LIKE butang FB kat bawah ni ya.  Nak share pun aku tak kisah, share pi lah dengan kengkawan korang.

 

Like & Share
Komen Anda Sangat Dihargai
bottom of page